Koperasi Haji Umrah

Koperasi Umrah Haji Melancong Selangor Berhad
Klik Logo Untuk Maklumat Lanjut

Produk Raudhah


Klik Iklan Untuk Maklumat Lanjut

Facebook Raudhah

Currency Converter


Statistics

Visitors: 162127
Persiapan Umrah PDF Print E-mail
Persiapan Sebelum Berangkat Mengerjakan Umrah (Sekadar Peringatan)
Sampai Di Madinah Doa “ YA ALLLAH JADIKANLAH UDARA MADINAH INI PENAWAR BAGIKU

1. Mendalami ilmu pengetahuan mengenai Umrah – “ UMRAH MAKSUDNYA MENGUNJUNGI BAITULLAH DALAM KEADAAN BERIBADAT DENGAN MENGERJAKAN TAWAF , SAIE DAN TAHALLUL “ Digalakan juga memahami RUKUN dan WAJIB UMRAH , termasuk juga dengan DAM yang akan dikenakan sekiranya melanggari pantang larang ketika didalam IHRAM.
2. Mendalami bab TAHARAH seperti bersuci dari hadith besar dan kecil , supaya ibadah kita diterima.
3. Sebelum berangkat ketanah suci , bakal Jemaah hendaklah BERTAUBAT atas dosa-dosa yang telah dilakukan serta memperbanyakan solat taubat dan biasakan dengan Qiamulail , Solat Berjemaah dan Solat Kifarah Bauli.
4. Jaga Kesihatan , makan dan minum , banyakan berjalan kaki dan membuat senaman ringan setiap hari.
5. Mempelajari cara solat didalam kenderaan , solat jenazah dan juga sujud Sajjadah ( Solat Subuh jumaat ) ini bagi mereka yang jarang mengamalkannya . Jemaah wanita juga boleh solat Jumaat di Mekah dan Di Madinah.
6. Tiada doa Qunut di dalam solat subuh di Mekah dan madinah
7. Selesaikan hutang piutang , beritahu ibubapa , keluarga , jiran dan pohon maaf salah silap.
8. Jaga tiga perkara ; Mulut , Telinga dan Mata selalu ingat amalan kerana Allah , Bukan untuk riak , ujub dan sombong , jujur dalam perbuatan dan kata-kata.
9. Bawa ubat yang lazim digunakan.
10. Tinggalkan dokumen penting seperti kad pengenalan , lessen memandu , kad-kad kredit yang tidak boleh digunakan di Mekah dan Madinah dsbnya , jangan pakai barang kemas terlalu banyak.
11. Bawa pakaian secukupnya , jangan terlalu banyak memadai 2 helai telekong , 3 pasang baju ( seluar atau baju ) penyangkok baju , peralatan mandi , selipar dan yang rasa perlu sahaja.
12. Bawa buku-buku doa untuk rujukan di Tanah suci seperti surah yasin dan doa solat-solat sunat.
13. Bil Telefon bimbit “ Roaming “ agak mahal ( Tukar Preepet bila tiba di Madinah atau Mekah ) waspada membawa telefon semasa berada di Masjid takut dirampas pegawai-pegawai masjid jika sedang mengunakanya.

KETIKA DI MADINAH / PERJALANAN / DI MEKAH
Sampai Di Madinah Doa “ YA ALLLAH JADIKANLAH UDARA MADINAH INI PENAWAR BAGIKU “ dan lain-lain seperti dalam buku-buku doa. 10,000 kali ganda setiap amalan yang dikerjakan ketika berada di Madinah oleh itu banyakkan beramal , kurangkanlah hal duniawi .
Diantara perkara-perkara sunat ialah :
• Mandi Sunat Jumaat , Lakukan solat sunat wuduq setiap kali lepas ambil wuduq , amalkan berzikir sepanjang perjalanan dari hotel ke masjid dan juga sepanjang masa ketika berada di tanah suci.
• Mulakan dengan langkah kanan ketika masuk ke Masjid , keluar kaki kiri dan baca doa masuk / keluar masjid , dirikan solat sunat tahayatul masjid.
• Sekiranya waktu masih terluang gunakan masa untuk Qadaq solat dan solat sunat disamping memperbanyakanlah membaca AL-Quran
• Digalakkan juga mewakaf Al-Quran bagi pihak ibubapa dan diri sendiri dan keluarga di Masjid Nabawi.
• Berikhtikaf di Masjid , menziarahi makam Nabi Muhamad S.A.W dan berdoa di Raudhah ( ikut kemampuan dan ruang masa )
• Pergi Ziarah dalaman dan luaran seperti di anjurkan oleh pihak kami.
• Disunatkan memperbanyakan selawat dan membaca surah Muhammad untuk memudahkan pergi ke raudhah dan buatlah solat taubat dan hajat
• Jauhi dari sifat Mazmumah ; bohong , bertengkar , berkelahi , mengumpat , semua Jemaah hendaklah saling tolong menolong jika bermasaalah atau rujuk kepada wakil kami atau Mutawif
• Amalkan doa tahan wuduq dengan membaca surah Al Fil dan Al Masad ( Al Lahab ) ayat 1 sahaja dengan menutup mulut atau dibaca pada air dan meminumnya.
• Ziarah Wadaq kepada Rasullullah dan banyakkan berdoa
• Bersiap-siap berangkat ke Mekah untuk mengerjakan Umrah Wajib ( Sunat memotong kuku , mencabut bulu ari-ari / ketiak dsb nya )
• Mandi sunat ihram , solat sunat ihram – niat ihram di Bir ali ( masjid Zulhulaifah ) bertalbiah banyak-banyak semasa perjalanan ke Mekah 8 jam ( solat jamaq dan Qasar ) jaga pantang larang sewaktu dalam ihram ( 13 pantang larang – spt dalam buku Umrah )
• 100,000 ganjaran pahala bagi semua amalan yang dilakukan semasa di Mekah , oleh itu tumpukan masa sepenuhnya untuk beribadat.
• Sampai di Mekah berdoa – YA ALLAH JADIKANLAH UDARA MEKAH INI PENAWAR BAGIKU disamping doa-doa lain.
• Buatlah amalan –amalan wajib dan sunat seperti yang dilakukan ketika di Madinah , niatkan semua amalan kerana Allah sahaja.
• Disunatkan masuk Masjidilharam melalui pintu Babussalam ( bergantung masa / ketika ) dan berdoa masuk dan keluar masjid.
• Tiada solat sunat Tahyatul masjid di Masjidilharam oleh itu sekiranya keadaan mengizinkan boleh lah terus tawaf sunat atau solat mutlak.
• Disunatkan juga memperbanyakan tawaf sunat , ( niatkan pahala sedekah kepada ibubapa , diri sendiri , keluarga , dan sesiapa jua ) atau tawaf nazar ( semua tawaf sunat tiada saie ) .
• Memperbanyakan Qiamullail / bersedekah / ikhtikaf di Masjid.
• Banyakkan berdoa untuk memudahkan setiap amalan dan solat taubat , solat hajat di samping membaca surah Al Fath ( kemenangan ) selain dari membaca AL Quran.
• Boleh berpuasa sunat sekiranya mampu ( Isnin & Khamis )
• Pastikan DAM telah dibayar sekiranya telah melanggar pantang larang sebelum berangkat pulang ketanah air.

Akhir sekali di doakan semoga mendapat Umrah yang Mabrurllah , Insyaaalah

 
< Prev   Next >